Baru, Pelancongan Bakau Pering di Natuna Jadi yang Terluas di Kepri
NATUNA, MELAYUPEDIA.COM - Kabupaten Natuna, Kepulauan Riau (Kepri), sekarang mempunyei pusat pelancongan baru. Objek tersebut adelah hutan bakau Pering yang terletak di Kampung Bandarsyah, Daerah Bunguran Timur.
Pelancongan bakau di Bunguran bukanlah satu-satunye di Natuna. Sebelomnye, sudah ade pelancongan bakau di Mekarjaya, Kampung Cemaga Selatan dan Kampung Pengadah.
Pelancongan bakau baru ini dinamekan Bakau Pering sebab berade di wilayah Pering, Kampung Bandarsyah.
Berbede dengan Bakau Mekarjaya, Bakau Pering terletak di tengah-tengah ibu kota Natuna iaitu Kota Ranai. Hanye mengambil mase 10 minit untuk sampai ke lokasi dari lapangan terbang Ranai, Natuna.
BACE JUGE:
Menelusuri Majid Raya Syahabuddin Siak yang Dibangun Sebelum Kemerdekaan RI
Resep Sotong Masak Hitam ala Melayu, Yuk Coba Bikin di Rumah
Bupati Natuna, Wan Siswandi ketike meresmikan Bakau Pering berkate, tempat ini merupekan pusat pelancongan bakau terbesar dan terluas di Kepri.
“Hutan Bakau Pering mempunyei panjang pelantar sekitar 1.015 meter, dan dibina mulai 2019 dan siap tahun ini,” jelas Siswandi, Jumaat (11/3/2022).
Pembangunan pusat pelancongan baru yang menghabiskan anggaran Rp 2,2 miliar ini dibine menggunakan Dana Peruntukan Khusus (DAK) daripade APBN.
Dengan kewujudan pelancongan bakau yang terletak tidak jauh dari ibu kote daerah, diharapkan ia akan menjadi tarikan utama pelancong Natuna selain pantai dan destinasi batu granit.
Bakau Pering sendiri dirancang untuk dilengkapi dengan gazebo, vila untuk menginap, pusat kuliner dan beberape kemudahan lain yang akan disediekan oleh pengurus pelancongan nanti.